Setelah kematian suami, Nur Laila meninggalkan kampung dan anaknya yang masih bayi dengan emak mertuanya.
Kehidupan Nur Laila berubah selepas bergelar pelakon terkenal dengan menggunakan nama Laura Jane. Hawa Fatihah
turut meminati pelakon itu tanpa mengetahui wanita itu adalah ibu kandungnya. Bayang-bayang Khairil juga sering
mengganggu kehidupan pelakon terkenal itu lantaran ugutan yang diterima
Kemalangan yang menimpa Hawa Fatihah telah mengakibatkan wajah gadis itu tidak secantik dahulu. Kecacatan
pada wajahnya juga menyebabkan Sufian telah beralih pada cinta lain dengan negahwini seorang wanita Inggeris.
Takdir telah menemukan semula Hawa Fatihah dengan Laura Jane seteleah sekian lama terpisah. hawa Fatihah menjalani pembedahan
wajah di luar negara dengan kos rawatan ditanggung oleh Laura Jane.
Adakah pembedahan wajah itu menjadikan Hawa Fatihah lebih cantik? Kenapa Sufian kembali menagih cinta daripada gadis itu? Bagaimana
pula dengan Azim yang sanggup berkorban demi cintanya kepada Hawa Fatihah?
"Maaf? Cukup ke hanya maaf Hawa? Abang Pian merentas lautan dan benua untuk balik jumpa Hawa. Nak tengok keadaan Hawa. Ingin berkongsi
penderitaan Hawa. mengapa Hawa buat Abang Pian macam ni?" - Sufian
"Kalu jadi pada kau macam mana? Sanggup pergi tengok ex-boyfriend kau menikah?" - Hawa Fatihah
Masanya sedah tiba. Aku akan buka topeng yang menutup wajah kau yang jelita. Peminat dan masyarakat akan tahu siapa sebenarnya LAURA JANE - Khairil
0Reviews
There are yet no reviews for this product.